DAP perlu perjelas kenyataan tiga pemimpin bukan pandangan parti
Iklan
Ahmad (kiri) melawat Pusat Jualan Peladang Outlet di Kampung Parit Yassin, Benut di Pontian.
PONTIAN - DAP perlu menjernihkan suasana dengan memberi penjelasan kepada orang Melayu berhubung pandangan yang dikeluarkan tiga pemimpin mereka sebelum ini bukan pendirian parti.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, ketiadaan penjelasan daripada pemimpin kanan parti, menyebabkan isu tersebut masih berlegar-legar di pemikiran orang-orang Melayu.
Iklan
Iklan
Jelasnya, dalam masa yang sama, Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) terus menggunakan isu tersebut menyerang UMNO dan Kerajaan Perpaduan bagi kepentingan politik mereka.
"UMNO tiada masalah untuk menjelaskan kepada ahli-ahli, tetapi penjelasan daripada pemimpin DAP bagi sama-sama membantu menjernihkan isu tersebut kepada orang-orang Melayu.
Iklan
"Begitu juga dengan soal kaum, agama dan institusi diraja (3R) harus jelas kepada semua pemimpin DAP supaya mereka tidak mengulangi perkara yang sama,” katanya ketika ditemui selepas melawat Pusat Jualan Peladang Outlet, Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Benut disini, pada Sabtu.
Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya menambah, sebagai rakan dalam Kerajaan Perpaduan, hubungan dalam kerajaan perlu terus dipelihara dan tidak membiarkan perkara-perkara sensitif dibangkitkan pada masa akan datang.
Ahmad (tengah) menunjukkan antara produk yang dijual di Pusat Jualan Peladang Outlet di Kampung Parit Yassin, Benut di Pontian.
Iklan
"Jika perkara seperti itu berulang kembali, hanya akan memberikan ‘peluru’ kepada pembangkang untuk menyerang kerajaan apabila isu-isu berkaitan 3R terus diulang-ulang,” jelasnya.
Ahli Parlimen Pontian itu berharap semua pihak perlu menyokong usaha yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melihat negara terus aman dan rakyat hidup dalam suasana harmoni.
Sebelum ini media melaporkan kenyataan ahli politik veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang yang menyebut bahawa Perlembagaan Persekutuan tidak menyekat mana-mana orang bukan Melayu daripada menjadi Perdana Menteri.
Selepas itu, Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan, Tan Kok Wai pula menggesa kerajaan mengadakan pilihan raya PBT di peringkat bandar raya Kuala Lumpur bagi menyemarakkan demokrasi.
Kok Wai berkata, pengenalan pilihan raya PBT di Kuala Lumpur bertujuan untuk kelestarian dan memberi pilihan kepada penduduknya memilih ahli majlis tempatan.
Terbaharu, Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham menyarankan kerajaan melantik pakar daripada masyarakat bukan Islam untuk membantu Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi DUN Untuk Menggubal Undang-Undang Islam.
Bagaimanapun Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook kemudian menjelaskan kenyataan Koo Ham itu adalah satu kekhilafan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kedudukannya sebagai Perdana Menteri tidak terjejas walau apa juga keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.
Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) mengingatkan semua pihak supaya lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan dan tidak menjadikan pilihan raya sebagai medan permusuhan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/786379/berita/politik/kalah-atau-menang-prn-johor-saya-tetap-perdana-menteri
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNJohor
Kempen PRN Johor 2026 dah bermula ?️
Jejaki data, peta DUN & simulator keputusan semuanya di satu tempat.