[VIDEO] Dua beradik didakwa membunuh

Iklan

JOHOR BAHRU - Dua beradik dihadapkan ke Mahkamah Sesyen pada Khamis atas dakwaan membunuh seorang lelaki pada 27 Oktober 2023 lalu.

Tertuduh, P. Jagdeeshraj, 20 dan abang ya, P. Vasantharaj, 21 serta tiga lagi yang masih bebas didakwa membunuh Muhammad Syafiq Abd Latif, 25, 27 Oktober 2023 lalu.

Iklan
Iklan

Mereka didakwa melakukan perbuatan (bunuh), tersebut di tepi persimpangan Jalan Trus/Jalan Ungku Puan di sini, sekitar 1.08 pagi.

Jagdeeshraj dan Vasantharaj masing-masing mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan kepada mereka di hadapan Majistret Nurul Farahah Mohd Suah.

Iklan
Kedua-dua tertuduh di iringi polis di mahkamah pada Khamis.

Bagaimanapun, tiada pengakuan yang direkodkan daripada kedua-dua tertuduh.

Oleh itu, Jagdeeshraj dan Vasantharaj didakwa telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Akta yang sama.

Iklan

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nevina Ravichandran manakala kedua-dua tertuduh yang bekerja sebagai pencuci kereta dan pembantu kedai tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 6 Mac 2024 sebagai tarikh sebutan semula kes bagi serahan laporan bedah siasat.

Sementara itu, tiada jaminan dibenarkan untuk kedua-dua tertuduh.