'Ambil alih kawal selia elektrik, tenaga boleh baharu pastikan bekalan stabil'
Iklan
Hajiji melakukan Pembentangan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Tenaga Sabah, Bekalan Elektrik 2024 dan Tenaga Boleh Baharu Sabah 2024 pada Persidangan Khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini. Foto Bernama
KOTA KINABALU - Kerajaan Sabah melihat pengambilalihan kuasa kawal selia ke atas bekalan elektrik dan tenaga boleh baharu daripada kerajaan Persekutuan akan memudahkan perlaksanaan pelan mantap bagi memastikan bekalan tenaga yang stabil di negeri itu.
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, inisiatif itu akan memberi manfaat kepada pembangunan sosioekonomi Sabah melalui penyediaan bekalan tenaga mencukupi, stabil, berpatutan dan mampan selaras dengan Pelan Induk Hala Tuju Tenaga Sabah 2040 (SE-RAMP 2040).
Iklan
Iklan
"SE-RAMP 2040 dibangunkan oleh Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS) dan dilancarkan pada September lepas bagi menyokong pelan hala tuju Sabah Maju Jaya,” katanya selepas persidangan khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini.
Pada persidangan khas itu, DUN Sabah meluluskan tiga Rang Undang-Undang (RUU) bagi memberi ruang kepada negeri itu untuk secara rasmi mengambil alih kuasa mengawal selia sektor bekalan elektrik dan tenaga boleh baharu daripada kerajaan Persekutuan.
Iklan
Ia membabitkan RUU Suruhanjaya Tenaga Sabah (Pindaan) 2024, RUU Bekalan Elektrik 2024, dan RUU Tenaga Boleh Baharu 2024.
Selepas pewartaan enakmen itu, ECoS akan menjadi badan berkuasa yang mengawal selia sektor bekalan elektrik dan tenaga boleh baharu di Sabah berkuat kuasa serta-merta.
Iklan
ECoS memperoleh kuasa kawal selia ke atas sektor bekalan gas daratan sejak 10 Jan tahun lepas.
Hajiji berkata, kerajaan Sabah melalui ECoS akan memastikan proses pengambilalihan kuasa kawal selia bekalan elektrik dilaksanakan secara berkesan dan teratur tanpa sebarang gangguan kepada pihak pemegang taruh dalam industri bekalan elektrik di negeri ini.
"Inisiatif itu juga adalah sebahagian daripada penurunan kuasa di bawah Perjanjian Malaysia 1963,” katanya. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="RM17 juta untuk tanah, pampasan projek naik taraf jalan -Alexander"><meta itemprop="description" content="Sebanyak RM17 juta daripada keseluruhan kos RM70.6 juta bagi projek menaik taraf Jalan Lok Kawi-Sabindo diperuntukkan bagi pengambilan tanah dan bayaran pampasan kepada pemilik premis yang terjejas di sepanjang jajaran projek berkenaan, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, peruntukan itu melibatkan pampasan kepada 41 lot yang terkesan, termasuk struktur premis yang perlu diambil bagi membolehkan projek pelebaran jalan sepanjang 1.5 kilometer dilaksanakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/789730/edisi/sabah-sarawak/rm17-juta-untuk-tanah-pampasan-projek-naik-taraf-jalan--alexander
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #projeknaiktaraf #AlexanderNantaLinggi #menterikerjaraya"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-28T07:53:03.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/cxKTQ1gQ5_jmd6MBw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P107S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xastv8a"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xastv8a"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xastv8a"></script>