Wan Azizah sampaikan sumbangan kepada keluarga mangsa letupan bunga api
Iklan
KUALA LUMPUR - Isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini menyampaikan sumbangan kepada keluarga dua beradik mangsa letupan bunga api di bahagian bumbung sebuah hotel di Port Dickson, Negeri Sembilan pada Isnin lepas.
Wan Azizah yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, menyampaikan sumbangan wang tunai di kediaman waris mangsa di Pangsapuri Seri Perindu, Cheras di sini.