'Macam mimpi menang motor idaman'
Iklan
Mohamad Shukri bersama motosikal idamannya yang dimenangi di Karnival Permohonan Dua Roda Temerloh 2023.
TEMERLOH -"Macam mimpi menang motor idaman saya selama ini," kata Mohamad Shukri Hussin, 39, dari Kampung Paya Rajin, Jerantut selepas membawa pulang hadiah utama cabutan bertuah, RXZ Catalyzer bernilai RM23,000.
Hadiah tersebut dimenangi bapa kepada empat cahaya mata itu sempena Karnival Permotoran Dua Roda Temerloh 2023 di Dataran Temerloh di sini pada Ahad.
Iklan
Iklan
Paling istimewa, hadiah itu diserahkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail kepada Mohamad Shukri sendiri.
Mohamad Shukri yang bekerja sendiri memberitahu tidak akan menjual motosikal tersebut, sebaliknya ingin menggunakan untuk kegunaan sendiri.
Iklan
Mohamad Shukri (empat dari kiri) ketika menerima motosikal yang disampaikan Wan Rosdy (enam dari kiri) di Karnival Permohonan Dua Roda Temerloh 2023 pada Ahad.
"Rasanya ini tuah anak juga, sebab saya beli dua helai baju T termasuk untuk anak bagi cabutan bertuah ini.
"Saya sampai ke dataran pada jam 1 tengah hari bersama ahli keluarga serta rakan-rakan untuk sama-sama dengan peminat dua roda lain," katanya lagi.
Iklan
Mengakui terkejut ketika nombor dan namanya diumumkan membuatkan dirinya terkedu seketika sebelum segera naik ke pentas untuk mengambil RXZ tersebut.
Mohamad Shukri ketika menghubungi keluarganya selepas diumumkan sebagai pemenang hadiah utama.
"Tidak sia-sia saya menunggu hingga habis dan datang ke sini walaupun hujan, syukur dengan rezeki ini," ujarnya.
Kira-kira 15,000 peserta memeriahkan Karnival Permotoran Dua Roda Temerloh yang julung kali diadakan di sini pada Sabtu dan Ahad lepas.
Karnival itu yang menghimpunkan 'rider-rider' dari seluruh negara, turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti pameran, pertandingan pelbagai kategori jentera terbaik serta penyelenggaraan motosikal secara percuma selain persembahan artis jemputan.
BERITA SEMASA 27 MEI 2024
Seramai 517 daripada 16,782 calon yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 di Pahang berjaya memperoleh keputusan semua A, lapor wartawan Sinar Harian, Norawazni Yusof.
Pengarah Jabatan Pendidikan Pahang, Amzan Abd Malek berkata, daripada jumlah itu, seramai empat calon memperoleh semua A .
Beliau memberitahu, seramai 110 Calon Berkeperluan Pendidikan Khas (CBPK) iaitu dalam kalangan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) menduduki peperiksaan tahun lalu.
Jelasnya, 11 calon telah mendapat keputusan cemerlang sekurang-kurangnya 5A daripada jumlah terbabit.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/666899/edisi/pahang/spm-15918-layak-terima-sijil-di-pahang-517-dapat-semua-a
Muzik: Elevate dari www.bensound.com