Jalan Lojing-Gua Musang di Pos Blau ditutup
Iklan
Jalan Lojing-Gua Musang berhampiran Pos Blau, Gua Musang kembali ditutup kepada semua kenderaan pada Isnin. - Foto Facebook Roadcare Gua Musang
GUA MUSANG - Hujan lebat berterusan sejak malam tadi mengakibatkan Jalan Lojing-Gua Musang berhampiran Pos Blau di sini ditutup semula kepada semua kenderaan pada Isnin.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd Syahbuddin Hashim berkata, penutupan laluan itu dimaklumkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Gua Musang menerusi satu hantaran di laman sosial Facebook.
Iklan
Iklan
"Saya berharap pengguna di laluan itu supaya lebih peka dengan situasi terkini banjir yang sedang melanda," katanya ketika dihubungi.
Menurut beliau, JKR dan Roadcare (M) Sdn Bhd diminta supaya mengemas kini maklumat laluan berkenaan untuk memudahkan pengguna.
Iklan
Terdahulu, menerusi laman Facebook Roadcare Gua Musang memaklumkan mengenai penutupan laluan itu kepada semua kenderaan pada jam 1.30 petang Ahad, namun dibuka semula pada jam 6.30 petang hari sama berikutan air surut.
Media tempatan pada Ahad melaporkan, lebih 300 pengguna Jalan Gua Musang-Lojing di Pos Blau, terkandas lebih enam jam selepas laluan berkenaan dilimpahi air sungai susulan hujan lebat.
Iklan
Dalam kejadian jam 6 pagi itu, ia melibatkan pengguna kenderaan yang mahu ke Cameron Highlands, Pahang dan Ipoh, Perak.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Saya reda' - Ibu mangsa kemalangan maut"><meta itemprop="description" content="'Saya reda' - Ibu mangsa kemalangan maut
"Saya reda."
Demikian kata Seedah Arwae, 51, yang kehilangan anak sulung dan bongsu lelaki dalam satu kemalangan maut melibatkan tiga mangsa di Kilometer 90, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, berhampiran Bukit Bauk, Terengganu pada Ahad, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa Mohamad Zulkefli Ishak, 32, yang merupakan anak sulung daripada lima beradik dan isteri, Norshila Zali, 36, maut di lokasi kejadian.
https://www.sinarharian.com.my/article/802002/edisi/kelantan/saya-rapat-dengan-mereka---wanita-reda-hilang-anak-sulung-bongsu-sekali-gus
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #beritasemasa #kemalanganmaut #keskemalangan #KualaKrai"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-26T11:28:36.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P130S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbraq7y"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbraq7y"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbraq7y"></script>