VFive Group sasar RM30 juta sumbangan kebajikan pada 2024
Iklan
Mohd Syafiq
SYARIKAT milik penuh Bumiputera, VFive Group menyasarkan untuk meningkatkan peruntukan sumbangan kebajikan sebanyak RM30 juta bagi membantu golongan yang memerlukan pada tahun 2024.
Pengarah Urusan Kumpulan dan Pengasas VFive Group, Datuk Mohd Syafiq Abdullah berkata, syarikat sentiasa menerapkan konsep keberkatan dengan menjadikan kerja bakti, kebajikan dan dermawan sebagai teras dalam setiap urusniaga yang dijalankan.
Iklan
Iklan
"Melalui saluran kebajikan yang kita telah tubuhkan iaitu Yayasan VFive, kita telah berjaya menyalurkan sumbangan sebanyak RM25 juta pada tahun 2023.
"Kita juga akan memperluaskan lagi inisiatif menerusi yayasan termasuk Program Kembara Beras Amal, Berkat Jumaat, Gerobok Rezeki, Sumbangan Bakul Makanan dan pelbagai lagi program pembangunan modal insan,” katanya ketika ditemui di Majlis Apresiasi Mahabbah Insani VFive Group di The Everly pada Ahad.
Iklan
Menerusi majlis berkenaan, Mohd Syafiq turut melancarkan 10 petunjuk prestasi utama (KPI) bagi tahun 2024 dan salah satunya memperkasakan budaya dan rohani Islam.
Katanya, matlamat berkenaan merupakan kelainan baharu yang syarikat bawa iaitu meletakkan kebergantungan kepada ALLAH SWT dalam setiap perkara dilakukan.
Iklan
"Ini yang selalu saya katanya kepada kumpulan dan diri sendiri bahawa kita perlu kembali kepada asas yang mana pengharapan hanya kepada ALLAH SWT kerana Dia yang memberi segalanya.
"Kita perlu sedar, yakin dan beriman kepada hakikat itu. Bukan nak kata sebelum ini kita tidak pernah meletakkan kebergantungan kepada ALLAH, cuma kali ini kita nak tekankan lagi,” ujarnya.
Mengulas mengenai perancangan untuk melebarkan sayap perniagaan ke negara luar, Mohd Syafiq berkata, pihaknya telah membuka satu cawangan syarikat VFive International di Jakarta, Indonesia yang memfokuskan tentang media.
Tambahnya, syarikat juga sedang meneliti pasaran perniagaan di Timur Tengah seperti Riyadh, Jeddah.
Ujar Mohd Syafiq, bidang perniagaan yang berpotensi untuk dipasarkan ialah teknologi dan pembinaan.
"Salah satu kumpulan kita ada di sana (Timur Tengah) dan hal ini (memperluaskan perniagaan) memang kita sedang ketengahkan sejak bulan Jun yang lalu,” katanya.
West Coast Expressway Sdn Bhd (WCE) menyumbang RM10,000 bagi menaja seekor seladang jantan di Zoo Taiping & Night Safari sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan terhadap pemuliharaan biodiversiti.
Pengarah Urusannya, Lyndon Alfred Felix berkata, sumbangan menerusi Program Anak Angkat Seladang itu bertujuan menampung kos pemeliharaan dan operasi haiwan berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/789091/bisnes/wce-sumbang-rm10000-jaga-kebajikan-seladang-jantan-zoo-taiping
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.