MAIDAM optimis capai kutipan zakat RM260 juta
Iklan
Shaikh Harun (dua dari kanan) ketika Konvoi Agihan Hak Asnaf MAIDAM 2023 di Dewan Terbuka Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) di Kuala Terengganu pada Isnin.
KUALA TERENGGANU - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) tetap optimis dapat mencapai kutipan zakat sebanyak RM260 juta seperti sasaran awal yang ditetapkan pada tahun ini walaupun hanya berbaki dua minggu lagi sebelum tahun 2023 melabuhkan tirai.
Yang Dipertua MAIDAM, Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail berkata, setakat ini pihaknya telah berjaya mengutip sebanyak RM200 juta zakat di seluruh Terengganu.
Iklan
Iklan
"Kita akan berusaha untuk memastikan sasaran RM260 juta tersebut tercapai bagi memastikan lebih banyak asnaf di Terengganu menerima manfaatnya.
"Kebiasaannya ramai pembayar zakat akan menunaikan tanggungjawab itu pada saat-saat akhir pada hujung tahun ini kerana mereka mahu mendapat pelepasan cukai pendapatan yang perlu dibayar kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Iklan
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Konvoi Agihan Hak Asnaf MAIDAM 2023 di Dewan Terbuka Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) di sini pada Isnin.
Shaikh Harun (tengah) menyampaikan sumbangan pada salah seorang asnaf.
Menurut Shaikh Harun, program konvoi bermotosikal itu mula diadakan pada tahun lepas bagi mengagihkan zakat kepada golongan fakir dan miskin di seluruh Terengganu dengan menyantuni mereka di rumah.
Iklan
"Program itu juga dapat menangkis persepsi negatif masyarakat kononnya MAIDAM hanya pantas ketika mengutip zakat namun lambat mengagih kutipan zakat berkenaan.
"Persepsi itu tidak tepat kerana MAIDAM sentiasa mengagihkan bantuan kepada semua golongan yang memerlukan dalam tempoh masa yang pantas setelah permohonan berkenaan diteliti.
"Alhamdulillah... MAIDAM semakin mendapat kepercayaan daripada pembayar zakat di seluruh Terengganu menerusi pelaksanaan pelbagai program yang telah kita jalankan selama ini," jelasnya.
Lima nelayan berdepan detik cemas apabila bot yang dinaiki mereka dirempuh sebuah bot lain ketika sedang berlabuh kira-kira 33 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, awal pagi Isnin.
​Tekong bot, Mamat Abdullah, 79, dari Kampung Batin, Kuala Nerus berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 pagi ketika dia bersama empat awak-awak sedang berehat sementara menunggu untuk pulang ke daratan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803090/edisi/terengganu/bunyi-dentuman-kuat-rupanya-bot-dirempuh-nelayan-asing
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.