‘Tiada halangan premis SPHM tulis ucapan perayaan pada kek’- Jakim

Iklan
Jakim tidak menghalang mana-mana premis perniagaan SPHM daripada menulis sebarang ucapan perayaan.

SHAH ALAM- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tidak menghalang mana-mana premis perniagaan yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) daripada menulis sebarang ucapan perayaan pada kek atau seumpamanya.

Jakim dalam satu kenyataan berkata, isu tersebut sudah dijawab pada 25 Disember 2020 dan 1 November 2023.

Iklan
Iklan

"Kepada semua pemegang SPHM dinasihatkan untuk merujuk kepada Jakim atau Majlis Agama Islam Negeri jika terdapat sebarang kekeliruan berkaitan pensijilan halal Malaysia,” katanya pada Ahad.

Pada 14 Disember lalu, tular di media sosial berkenaan isu larangan ucapan ‘Merry Christmas’ pada kek berikutan memorandum daripada sebuah syarikat bakeri.

Iklan
Iklan

Menurut Pengurus Operasinya, premis terbabit hanya mengikut dan mematuhi keperluan pensijilan halal oleh Jakim.