Galas amanah, rangka usaha makmurkan Wilayah Persekutuan - Dr Zaliha
Iklan
PUTRAJAYA - Dr Zaliha Mustafa yang dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) komited untuk menggalas amanah dan tanggungjawab dalam merangka usaha memajukan dan memakmurkan lagi Wilayah Persekutuan.
Dr Zaliha dalam kenyataan hari ini berkata, beliau menyambut baik pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam rombakan Kabinet hari ini berkenaan pertukaran portfolio beliau daripada Menteri Kesihatan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan).