LZS hulur bantuan kecemasan kepada mangsa kebakaran
Iklan
PETALING JAYA - Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyalurkan bantuan kecemasan kepada sebuah keluarga yang terjejas akibat kebakaran di flat Taman Puchong Perdana di sini.
LZS dalam satu kenyataan memaklumkan, kunjungan dibuat agensi itu selepas menerima berita mengenai kejadian kebakaran menimpa keluarga terbabit pada Khamis lalu.