Lelaki maut dihempap balak
Iklan
GUA MUSANG - Seorang lelaki maut dipercayai dihempap sebatang pokok balak dalam kejadian di kawasan matau balak Kuala Betis, di sini pada Sabtu.
Dalam kejadian jam 10.15 pagi itu, mangsa yang merupakan warga Indonesia dikenali sebagai Dian Hermawan, 32.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, hasil pemeriksaan yang dilakukan di lokasi pihaknya telah menjumpai mangsa berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.