NORAFIZA JAAFAR, MOHAMAD HISYAMUDDIN AYUB & MUHAMMAD AMINNURALIFF
08 Dec 2023 6:10 pm
PETALING JAYA - Polis menerbangkan sebuah dron di sekitar kawasan Apartmen Idaman, Damansara Damai di sini pada Jumaat untuk membantu siasatan berhubung kes penemuan mayat kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6 tahun.
Tinjauan Sinar Harian mendapati, dron itu diterbangkan di sekitar lokasi anak sungai dan belukar yang menjadi tempat penemuan mayat Zayn Rayyan.
Iklan
Iklan
Dron berkenaan turut diterbangkan setinggi 30 meter berhampiran Blok R.
Dron diterbangkan sekitar Blok R serta lokasi mayat Zayn Rayyan ditemukan.
Kehilangan Zayn Rayyan sejak Selasa lalu terungkai apabila mangsa ditemui meninggal dunia di anak sungai kira-kira 200 meter dari Apartmen Idaman, Damansara Damai pada Rabu.
Mangsa dipercayai dibunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher dan tubuh kanak-kanak yang mempunyai kaitan akibat perbuatan jenayah.
Susulan itu, kawasan apartmen di sini terus menjadi tumpuan media selepas mayat Zayn Rayyan ditemukan sejak dua hari lepas.
Artikel Berkaitan