Covid-19: Sarawak ambil langkah berjaga-jaga jika kes membimbangkan
Iklan
Abdul Karim (dua dari kiri) ketika melancarkan Buku Polisi Integriti Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) pada Khamis. - Foto: Bernama
KUCHING - Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak akan mengambil langkah berjaga-jaga sekiranya keadaan Covid-19 di negara berada pada tahap yang membimbangkan.
Menterinya, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, setakat ini keadaan masih terkawal, dengan kebanyakan kes jangkitan hanya melibatkan gejala yang ringan, dan sekiranya keadaan tidak terkawal, beliau yakin pihak Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengeluarkan garis panduan.
Iklan
Iklan
"Sekarang ini sesiapa yang kena Covid-19 tidak mempunyai gejala yang yang teruk, umpama selesema ringan sahaja, kecuali individu yang berusia dan berisiko di mana mereka perlu berjaga,” katanya selepas merasmikan Hari Integriti Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) pada Khamis.
Ahad lepas Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, 3,626 kes Covid-19 dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-47 iaitu dari 19 hingga 25 November lepas, meningkat 57.3 peratus berbanding 2,305 kes yang direkodkan pada minggu sebelumnya.
Iklan
Beliau berkata majoriti kes iaitu 48 peratus melibatkan mereka yang berumur antara 20 hingga 40 tahun dan lebih 98 peratus hanya bergejala ringan. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="RM17 juta untuk tanah, pampasan projek naik taraf jalan -Alexander"><meta itemprop="description" content="Sebanyak RM17 juta daripada keseluruhan kos RM70.6 juta bagi projek menaik taraf Jalan Lok Kawi-Sabindo diperuntukkan bagi pengambilan tanah dan bayaran pampasan kepada pemilik premis yang terjejas di sepanjang jajaran projek berkenaan, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, peruntukan itu melibatkan pampasan kepada 41 lot yang terkesan, termasuk struktur premis yang perlu diambil bagi membolehkan projek pelebaran jalan sepanjang 1.5 kilometer dilaksanakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/789730/edisi/sabah-sarawak/rm17-juta-untuk-tanah-pampasan-projek-naik-taraf-jalan--alexander
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #projeknaiktaraf #AlexanderNantaLinggi #menterikerjaraya"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-28T07:53:03.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/cxKTQ1gQ5_jmd6MBw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P107S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xastv8a"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xastv8a"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xastv8a"></script>