Identiti wanita disimen dalam kolah belum dikenal pasti - Polis
Iklan
SHAH ALAM - Identiti wanita yang mayatnya ditemukan dalam keadaan disimen di dalam sebuah kolah di sebuah rumah di Kampung Pendamar, Klang, Ahad lepas masih belum dapat dikenal pasti.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, bedah siasat di Hospital Shah Alam mendapati punca kematian wanita yang berumur dalam lingkungan 20 hingga 30 tahun itu ialah tekanan (compression) pada bahagian leher.