Roket Hamas bedil kemudahan simpanan nuklear Israel
Iklan
WASHINGTON -"Roket dilancarkan pejuang Hamas ketika Operasi Taufan al-Aqsa bermula pada 7 Oktober lalu berjaya membedil pangkalan tentera yang dipercayai menempatkan misil nuklear milik Israel."
Laporan itu didedahkan The New York Times pada awal minggu lalu mendakwa bedilan itu mencetuskan kebakaran berhampiran kemudahan simpanan peluru berpandu dan senjata sensitif lain di pangkalan tentera Sdot Micha di tengah Tel Aviv.