Wan Jamak ramal JDT menang Piala Malaysia 2023
Iklan
Wan Jamak
BEKAS pengendali skuad kebangsaan, Wan Jamak Wan Hassan meramalkan skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) menewaskan Terengganu FC (TFC) 3-0 pada aksi final Piala Malaysia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Jumaat ini.
Wan Jamak yang juga bekas pemain kebangsaan serta pemain dan jurulatih skuad Johor era 70-an dan 80-an juga meramalkan aksi final kali ini akan selesai dalam tempoh 90 minit.
Iklan
Iklan
"Saya buat ramalan ini bukan sebab saya orang Johor dan juga bekas pemain Johor... memang banyak bezanya antara ‘zaman saya’ dengan zaman sekarang ni.
"Bagi saya, tiada masalah untuk JDT mengatasi TFC, tetapi sesiapapun tidak boleh memperkecilkan TFC kerana di atas kertas kelebihan miik JDT, tetapi TFC pasti akan keluar bermain rasanya bukan 100 tapi 200 peratus dan sebenarnya aksi atas padang akan menentukan pemenang kali ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.
Iklan
Untuk rekod, Wan Jamak pernah membantu Johor memenangi Piala Malaysia selaku penolong jurulatih pada 1985.
Tambah Wan Jamak, faktor pengalaman juga membezakan antara kedua-dua pasukan pada aksi final kali ini.
Iklan
Katanya, JDT lebih banyak didedahkan kepada perlawanan-perlawanan di peringkat Asia termasuk beraksi dengan pasukan-pasukan handalan Eropah berbanding TFC.
Sementara itu Wan Jamak berakta, kekalahan 0-5 skuad Harimau Selatan itu kepada Kawasaki Frontale dalam saingan Liga Juara-Juara AFC baru-baru ini tidak akan menjejaskan persiapan menjelang aksi final berkenaan.
Katanya, prestasi skuad kendalian Esteban Solari itu masih di tahap yang memuaskan dengan kesebelasan pemain tetap dilihat bersemangat untuk beraski.
"Bagi saya, kekalahan tu tak berikan kesan... sebabnya, siapa di belakang JDT? TMJ... dan baginda selalu berikan motivasi terbaik untuk pemain-pemain,” katanya.
BERITA SEMASA 10 MEI 2024
Peminat sukan bola sepak tanah air boleh menarik nafas lega susulan pemain sayap sensasi Harimau Malaya dan Selangor FC, Faisal Halim, yang menjalani pembedahan ketiga petang semalam, terus menunjukkan reaksi positif selain sudah menyatakan hasrat mahu pulang.
Ahli Lembaga Pengarah Selangor FC Datuk Seri Shahril Mokhtar berkata pembedahan yang mengambil masa kira-kira tiga jam itu tertumpu pada prosedur 'skin allograft' atau tampalan kulit yang diimport dari Belgium dan Faisal menunjukkan semangat luar biasa untuk kembali pulih seperti sedia kala.
Shahril berkata pemain berusia 25 tahun itu akan mengharungi pembedahan susulan lain selepas ini namun ketika ini Faisal memerlukan rehat secukupnya untuk memastikan tampalan kulit yang tertumpu pada bahagian lengan dan rusuk 'serasi' dengan dirinya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/664033/berita/sukan/doakan-faisal-pulang-sebelum-aidiladha
Muzik: Anotherchance dari www.bensound.com