Kastam Bangladesh rampas lebih 600 jongkong emas

Iklan
Kastam Bangladesh menemui 640 jongkong emas yang disembunyikan dalam kotak kayu di ruang kargao Lapangan Terbang Antarabangsa Shahjalal kelmarin. -Foto Agensi

DHAKA - Pegawai kastam di lapangan terbang terbesar Bangladesh di bandar Kurmitola merampas 640 jongkong emas seberat 64 kilogram, kata pegawai.

Jongkong emas terbabit dianggarkan bernilai 32 juta Taka (kira-kira RM1.5 juta) dan disembunyikan dalam sebuah kotak kayu di ruang kargo import, Lapangan Terbang Antarabangsa Shahjalal.

Iklan
Iklan

Penemuan jongkong emas itu terbongkar selepas pegawai kastam melakukan pemeriksaan sejurus menerima maklumat berhubung pengisytiharan palsu pada jam 10 malam (waktu tempatan) semalam.

Laporan Dhaka Tribune yang memetik kenyataan Penolong Pesuruhjaya Kastam, Sulaiman Saif menyebut, ia adalah rampasan emas terbesar tahun ini.

Iklan
Iklan

Sulaiman berkata, bagaimanapun tiada sebarang tangkapan dibuat berhubung rampasan tersebut setakat ini. - Agensi