KK Super Mart anjur kempen derma darah

Iklan
KK Chai (berdiri, lapan dari kiri) bersama Azura (sembilan dari kiri) bergambar bersama barisan pemenang kejohanan.

KK Super Mart (KK) dengan kerjasama dengan Pusat Darah Negara telah menganjurkan Kempen Derma Darah berinspirasikan 1 Beg Darah Mampu Selamatkan 3 Nyawa yang diadakan di Bangunan Maju Link, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

KK dalam satu kenyataan berkata, objektif utama program itu ialah sebagai satu langkah membantu Pusat Darah Negara, Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mengatasi masalah kekurangan bekalan darah di dalam negara ini.

Iklan
Iklan

"Sepanjang program ini berlangsung, ia mendapat sambutan dan penyertaan yang memberangsangkan dari wakil-wakil Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kelab Rela Kehormat & Bersekutu Wilayah Persekutuan, Tekun Nasional, Dewan Perhimpunan Cina Malaysia (MCAH) dan Kelab Lions Kuala Lumpur Taman Tun.

"Program ini berjaya memperolehi 100 perderma darah,” jelas kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, KK berharap penganjuran kempen derma darah akan datang mencapai sasaran untuk mendapatkan 300 beg darah sehari.

Iklan

"Kempen ini akan dijalankan secara berkala pada setiap tahun dan akan menarik lebih ramai penderma dari golongan belia pelbagai bangsa,” kata kenyataan itu.

Program itu telah dihadiri oleh Pengasas KK, Datuk Seri Dr.KK Chai dan Ketua Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Datuk Seri Michael Chong.

Iklan

Sementara itu, KK Super Mart juga menganjurkan Kejohanan Karate Terbuka KK Goju Kai Selangor ke-12 yang diadakan di Selangor, baru-baru ini dan telah disertai seramai 500 peserta yang merupakan pelajar sekolah rendah dan menengah dari seluruh negara.

Menurut kenyataan itu, kejuaraan pada tahun ini melakar pencapaian membanggakan apabila sembilan negeri di Malaysia iaitu Selangor, Perak, Kedah, Penang, Terengganu, Pahang, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka menghantar penyertaan skuad dalam mempamerkan prestasi hebat.

Turut hadir dan merasmikan kejohanan itu ialah Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Selangor (JBS), Azura Sarbin dan diiringi oleh Penasihat persatuan Karate Do Goju Kai Selangor, KK Chai.