Banjir: Aktiviti perniagaan di Rantau Panjang diteruskan dalam berjaga-jaga
Iklan
Peniaga masih meneruskan aktiviti perniagaan di Pekan Rantau Panjang walau dilanda banjir. - Foto Bernama
PASIR MAS - Aktiviti perniagaan di Pekan Rantau Panjang masih diteruskan walau dilanda banjir, namun peniaga tetap berjaga-jaga setelah beberapa laluan dan pintu masuk ditutup kerana dinaiki air dari Sungai Golok.
Penjual makanan bakar, Natasa Berahim, 26, berkata, paras air 0.2 meter hingga 0.5 meter di pekan itu baginya masih selamat dan boleh menjalankan perniagaan yang diusahakannya sejak lima tahun lepas seperti biasa.
Iklan
Iklan
"Namun, melihat kepada trend air yang semakin naik, saya dan peniaga lain sudah bersiap sedia dan mengemas barang sekiranya perlu berpindah," katanya dan menambah walaupun banyak kedai sudah ditutup, premis makanan masih menjadi tumpuan pelanggan biarpun kedai mereka dimasuki air banjir.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Shapawi Stapa berkata, menerusi tinjauan yang dilakukan, pihaknya memantau dan memberi nasihat kepada penduduk yang ada sesetengahnya termasuk kanak-kanak bermain air di beberapa lokasi banjir.
Iklan
"Semasa pemantauan, kami mendapatkan ibu bapa dan meminta mereka mengawasi pergerakan anak-anak semasa banjir terutama ketika berhadapan dengan arus deras untuk mengelak kejadian tidak diingini berlaku," katanya.
Beliau berkata, antara lokasi yang masih dinaiki air di sekitar Pekan Rantau Panjang ialah Kampung Bagus, Kampung Kedai Lama dan Kampung Kubang Rambutan.
Iklan
Sementara itu, Pengarah Pengurusan Bencana Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (SUK), Nik Mohamed Nor Nik Ishak berkata, kelengkapan logistik di peringkat negeri disediakan bagi membantu mangsa banjir yang terjejas.
Beliau yang ditemui ketika membuat tinjauan bersama Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan, Kolonel (PA) Mohd Adzhar Mujab berkata, kelengkapan itu melibatkan kenderaan pacuan empat roda, bot penyelamat selain barang bantuan dari depoh yang dikendalikan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Keledek V8 saingi ubi Jepun, petani terima benih Januari depan - MARDI"><meta itemprop="description" content="Varieti baharu ubi keledek V8 yang berpotensi menghasilkan lebih 26 tan metrik sehektar bakal diperluaskan kepada petani seluruh negara bermula Januari 2027, sekali gus membuka peluang mengurangkan kebergantungan Malaysia terhadap bekalan ubi keledek import termasuk dari Jepun.
Ketua Pengarah Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Dr Sanimah Simoh berkata, pihaknya kini dalam peringkat menyediakan benih bagi melaksanakan projek perintis penanaman varieti berkenaan sebelum diperluaskan kepada usahawan tani.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/804679/edisi/kelantan/keledek-v8-saingi-ubi-jepun-petani-terima-benih-januari-depan---mardi
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #SinarTerkini #Keledek #Keledekv8 #Mardi"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-15T09:12:50.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/gxZIM1g-NUnT3RSz3/x1080"><meta itemprop="duration" content="P201S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbwtjme"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbwtjme"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbwtjme"></script>