PONTIAN - Spekulasi 10 ahli Parlimen blok kerajaan akan beralih sokongan terhadap Perikatan Nasional (PN) tidak akan berlaku sama sekali.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, perkara itu mustahil berlaku kerana Ahli Parlimen UMNO telah diikat dengan perjanjian sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 ( PRU15).