Pas masih laku walau berdepan tuduhan dan persepsi negatif - Idris Ahmad

Iklan
Idris Ahmad

SHAH ALAM – Pas masih mempunyai nilai politik yang besar meskipun berdepan pelbagai tuduhan dan persepsi negatif, kata Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad.

Beliau berkata, Pas dipelawa supaya meninggalkan rakan politik sedia ada dan menyokong Pakatan Harapan (PH).

Iklan
Iklan

“Kalau Pas sudah tidak laku, mengapa pula bersungguh-sungguh mahu mempelawa Pas?” katanya dalam perkongsian di Facebooknya pada Isnin.

Beliau mempersoalkan tindakan pihak yang sebelum ini yang mendakwa Pas tidak lagi diterima masyarakat, tidak mempunyai masa depan dan kurang mendapat sokongan golongan profesional namun pada masa sama mahu menjalin kerjasama dengan parti itu.

Iklan

“Kalau benar Pas sudah tidak diterima masyarakat, tidak ada masa depan, tidak diminati golongan profesional dan hanya menjadi parti pinggiran, mengapa pula Pas yang dicari?

“Kalau Pas sudah tidak laku, mengapa pula bersungguh-sungguh mahu mempelawa Pas?” katanya.

Iklan

Idris berkata, Pas selama ini berdepan pelbagai tuduhan dan persepsi, termasuk dikaitkan dengan fahaman Islam konservatif, tidak menerima perubahan zaman serta dakwaan mengkafirkan pihak lain.

Beliau turut menyentuh dakwaan Pas tidak diminati golongan profesional dan cerdik pandai, selain pelbagai label yang dilemparkan terhadap parti itu.

“Yang peliknya, semalam Pas dikutuk, hari ini Pas pula dipujuk,” ujarnya.

Tambah Idris, Pas tidak pernah mengukur kekuatan politik berdasarkan pelawaan atau pujian pihak lain, sebaliknya menyerahkan kepada rakyat untuk menilai perjuangan parti itu.

“Biarlah rakyat menjadi hakim terhadap perjuangan Pas,” katanya.