UniSZA terima kunjungan Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia
Iklan
Hassan (tiga dari kiri) bersama warga UniSZA menyambut ketibaan Dr Ahmed Al-Raissouni. - Foto UniSZA
KUALA NERUS - Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) melakar sejarah apabila menerima kunjungan Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Sheikh Profesor Dr Ahmed al-Raissouni sebagai Profesor Pelawat Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI) universiti itu.
Naib Canselor UniSZA, Prof Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan berkata, beliau secara peribadi mempelawa Sheikh Profesor Dr Ahmed Al-Raissouni untuk menjadi Profesor Pelawat Fakulti Pengajian Kontemporari Islam yang merupakan fakulti tertua dan terbesar di UniSZA ke arah memperkasa dan mengantarabangsakan fakulti.
Iklan
Iklan
"Usaha membawa Sheikh sering terbantut memandangkan kesibukan beliau dengan tugasan sebagai Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia dan juga profesor Fakulti Syariah di sebuah universiti di Doha, Qatar”
"Setelah enam bulan, akhirnya usaha membawa Sheikh ke UniSZA berjaya direalisasikan dengan persetujuan beliau untuk menjayakan aktiviti-aktiviti yang disenaraikan kepadanya bermula 25 Disember 2019 hingga 9 Januari 2020," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
Iklan
Beliau berkata, kunjungan Sheikh Ahmed al-Raissouni memberi impak besar khususnya kepada warga UniSZA dan masyarakat.
Sheikh Profesor Dr Ahmed Al-Raissouni yang dilantik sebagai Profesor Pelawat Fakulti Pengajian Kontemporari Islam bersalaman dengan jemaah di Masjid UniSZA. - Foto UniSZA
"Kunjungan beliau begitu bermakna kerana pendekatan maqasid syariah yang dibawa sebagai mekanisme praktikal dalam menjamin kelestarian universiti sebagai sebuah pusat pembinaan peradaban insan.
Iklan
"Idea-idea yang diketengahkan beliau akan diwacanakan dan dibukukan bagi melonjakkan pencapaian UniSZA serta menjayakan misi pendidikan ke arah melahirkan insan holistik dengan nilai terpuji selaras dengan visi UniSZA iaitu Universiti Islam Integrasi Kontemporari," katanya.
Sementara itu, Dekan Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI), Prof Dr Abdul Hakim Abdullah berkata, pelbagai aktiviti telah disusun untuk dimanfaatkan bukan hanya kepada warga UniSZA tetapi termasuk juga kepada masyarakat Malaysia.
"Syarahan yang disampaikan oleh Sheikh Profesor Dr Ahmed Al-Raissouni dilengkapi dengan terjemahan dan turut dikongsi melalui media sosial untuk dimanfaatkan masyarakat umum.
"Selain semakan dan pemantapan kurikulum FKI, Sheikh Profesor Dr Ahmed Al-Raissouni turut menjayakan beberapa aktiviti ilmiah yang lain seperti kuliah umum, penyampaian khutbah, wacana usul fiqh, bedah kitab dan bengkel metodologi bersama para pelajar siswazah," katanya.
Menurutnya, Dr Ahmed Al-Raissouni turut mengadakan sesi mini muzakarah bersama para ilmuwan Terengganu anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) selain pertemuan dengan Mufti Terengganu, Datuk Dr Zulkifli Muda.
"Dalam kesibukan menjayakan aktiviti ilmiah yang disusun itu, tokoh terkenal itu turut mengadakan kunjungan hormat menemui Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan menemui rakan lama beliau ketika bersama menjawat Naib Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Datuk Seri Abdul Hadi Awang,” katanya.
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Pengguna jalan raya dinasihatkan lebih berwaspada ketika melalui kawasan pelupusan sampah Kampung Sungai Ikan, Kuala Terengganu yang terbakar kerana jarak penglihatan di situ agak terhad, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Situasi bertambah buruk setelah kawasan tersebut dilanda hujan sekitar jam 1 tengah hari pada Sabtu menyebabkan laluan jalan raya bersebelahan kawasan kebakaran itu diselubungi asap tebal.
Tinjauan mendapati pengguna jalan raya terpaksa menyalakan lampu dan memperlahankan kenderaan ketika melalui kawasan tersebut.
Seorang peniaga, Hanisah Shafie, 48, berkata, kawasan itu diselubungi asap tebal selama hampir 20 minit sebaik ia dibasahi hujan kira-kira jam 12.50 tengah hari.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662859/Tapak-pelupusan-sampah-terbakar,-diselubungi-asap-tebal
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Peniaga hasil laut di Kampung Batu Hampar dekat Manir di sini berkongsi rezeki bersama pelanggan dengan menjual sebanyak 4,000 ikan siakap pada harga 70 sen setiap seekor, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim
Sabran Muzaffar Semlee, 28, berkata, jualan murah itu dilakukan bagi membantu golongan kurang berkemampuan untuk sama-sama menikmati sumber protein tersebut.
Menurutnya, gerai jualan itu mula diserbu seawal jam 6.30 pagi oleh pelanggan yang ingin mendapatkan harga yang ditawarkan RM2 bagi tiga ekor ikan.
Sabran Muzaffar berkata, jualan tersebut akan diteruskan pada masa akan datang sekiranya sambutan diterima memberangsangkan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662802/Peniaga-kongsi-rezeki-jual-siakap-70-sen-seekor