Israel musnahkan 60 peratus rumah di Genting Gaza

Iklan
Kesan kemusnahan pengeboman Israel di kem Jabaliya. - EPA

KOTA GAZA - Angkatan Pertahanan Israel (IDF) telah memusnahkan lebih 60 peratus rumah dan unit kediaman di Genting Gaza.

Menurut pejabat media kerajaan Gaza pada Khamis, tindakan rejim Zionis itu menyebabkan penduduk berdepan dengan bencana kemanusiaan yang semakin meruncing terutama di wilayah utara Gaza.

Iklan
Iklan
Kediaman di kem Al-Nuseirat rosak akibat serangan udara Israel di tengah Gaza. - EPA

Selain itu, lebih 26 hospital dan 55 pusat kesihatan terpaksa menutup operasi sama ada akibat bedilan bom, ditawan atau dimusnahkan.

Penduduk di wilayah berkenaan juga memerlukan lebih banyak hospital medan, dilengkapi dengan peralatan perubatan untuk membantu puluhan ribu mangsa yang cedera.

Iklan
Penduduk yang kehilangan tempat tinggal dipaksa berpindah ke utara Gaza. - EPA

Justeru, Liga Arab dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) digesa merangka segera satu pelan menyelamat bagi mencari penyelesaian kepada krisis kemanusiaan secepat mungkin.

Ia bagi membantu lebih daripada seperempat juta keluarga yang rumah mereka musnah atau rosak. - AFP

Iklan

Kawasan kediaman di sepanjang laluan Salah Al-Din musnah akibat bedilan artileri Zionis. - EPA

Seorang lelaki memasak di unit kediamannya yang musnah dibedil tentera Israel di kem Al-Nuseirat. - EPA

Seorang wanita Palestin kembali ke rumahnya yang musnah akibat terkena serangan roket Israel di perkampungan Khuzaa. - AFP

Pandangan dari udara kemusnahan disebabkan serangan udara Israel di Wadi Gaza.

Sebahagian struktur bangunan kediaman di Wadi Gaza runtuh selepas dibedil tentera Israel.

Penduduk memasak roti di kawasan terbuka di Deir El-Balah selepas kediaman mereka musnah dalam serangan berterusan Israel sejak 7 Oktober lalu. - AFP

Sebuah keluarga memasak di pekarangan rumah mereka yang musnah.

Kawasan kejiranan di Khan Yunis musnah selepas ia menjadi sasaran roket Israel bulan lalu.