Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Iklan
Ringgit menyusut nilai kepada 4.6670/6720 berbanding dolar AS daripada 4.6590/6635 pada penutup Khamis. - Gambar hiasan
RINGGIT dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini apabila peniaga mengambil untung selepas kenaikan baru-baru ini, kata seorang penganalisis.
Pada 9.01 pagi, ringgit menyusut nilai kepada 4.6670/6720 berbanding dolar AS daripada 4.6590/6635 pada penutup Khamis.
Iklan
Iklan
Petunjuk inflasi Rizab Persekutuan AS dilaporkan terus turun pada bulan Oktober, menyaksikan perbelanjaan penggunaan peribadi (PCE) dan inflasi PCE teras masing-masing susut kepada 3.0 peratus dan 3.5 peratus.
Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, ini menunjukkan dasar monetari AS yang ketat telah memberikan kesan yang wajar terhadap inflasi.
Iklan
"Malah, ini mungkin memberi isyarat bahawa Rizab Persekutuan akan menghentikan kempen kenaikan kadarnya," katanya kepada Bernama.
Bagaimanapun, beliau berkata, hasil Perbendaharaan AS bagi tempoh dua tahun dan 10 tahun lebih tinggi semalam, begitu juga dengan Indeks Dolar AS (DXY).
Iklan
Justeru, ringgit berbanding dolar AS diunjur diniagakan melepasi paras sokongan serta-merta RM4.6611 berikutan kenaikan dolar AS, kata Mohd Afzanizam.
Pada awal dagangan pagi ini, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama, tetapi susut berbanding pound Britain kepada 5.9014/9077 daripada 5.8941/8998 pada Khamis.
Nilai mata wang tempatan meningkat berbanding euro pada 5.0889/0943 daripada 5.0918/0967 dan mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.1594/1630 daripada 3.1601/1634 sebelumnya.
Berbanding mata wang Asean yang lain, ringgit agak rendah dan hampir tidak berubah berbanding rupiah Indonesia pada 300.8/301.3 daripada 300.3/300.8 semalam (Khamis).
Ringgit rendah sedikit berbanding peso Filipina pada 8.40/8.41 daripada 8.39/8.41, merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.4927/4967 daripada 3.4883/4920 dan lemah berbanding baht Thai kepada 13.2555/2765 daripada 13.2335/2546 sebelumnya. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>