'Minum tepi jalan lebih nikmat berbanding di kafe berhawa dingin’ - Hamzah

Iklan
Hamzah singgah minum dan berbual dengan penduduk peneroka Felda Sebarang Tayor, Terengganu. - Foto- Facebook Hamzah Zainudin.

SHAH ALAM - Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainudin menzahirkan rasa syukur kerana dapat menikmati minuman yang dijual tepi jalan bersama rakan-rakan sejawatan.

Menerusi satu rakaman video berdurasi 44 saat yang dimuat naik di laman sosial Facebook pada Khamis, memperlihatkan Hamzah bersama ahli Parlimen Ketereh, Datuk Khlir Mohd Nor dan Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal singgah di sebuah gerai berhampiran plaza tol.

Iklan
Iklan

Rakaman itu juga menunjukkan beliau sempat beramah mesra dan bergambar bersama orang ramai yang berada di kawasan berkenaan.

Tangkap layar memaparkan Hamzah singgah minum di sebuah gerai berhampiran plaza tol ketika dalam perjalanan ke DUN Kijal, Terengganu.

Dalam hantaran lain, Ahli Parlimen Larut itu memberitahu, beliau dalam perjalanan ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal di Kemaman, Terengganu.

Iklan

"Sempat saya merasa kuih Akok panas-panas dan mi goreng. Memang sedap,” tulisnya.

Iklan