PRK Kemaman: Ahmad Samsuri seru rakyat keluar mengundi

Iklan
Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar.

KEMAMAN - Calon Pas bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menyeru agar pengundi keluar menunaikan tanggungjawab pada Sabtu ini.

Menerusi satu rakaman video berdurasi 1 minit 52 saat yang disiarkan di Facebook Pas Terengganu, Ahmad Samsuri memberitahu bahawa 2 Disember adalah tarikh penting bagi pengundi yang berdaftar.

Iklan
Iklan

"Kepada pengundi yang berada di luar Kemaman, sama ada di kawasan sempadan atau Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan sebagainya, pulanglah untuk menunaikan hak saudara dan saudari sekalian.

"Ketika pulang nanti, jagalah tata tertib di jalan raya. Pandulah dengan cermat supaya selamat pulang dan kembali ke tempat kerja masing-masing," katanya yang juga Menteri Besar Terengganu.

Iklan

Beliau turut menasihatkan pengundi agar menunaikan hak dan tanggungjawab ini untuk membawa satu mesej yang jelas ke dalam negara kita.

PRK Parlimen Kemaman pada 2 Disember ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu BN dan Pas.

Iklan

BN mempertaruhkan bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor manakala Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mewakili Pas.