'Hari-hari gajah masuk Pekan Telupid, boleh jadi tarikan pelancongan'
Iklan
Jonnybone (kiri) ketika hadir pada sidang DUN Sabah pada Rabu.
KOTA KINABALU - Kehadiran gajah yang sering memasuki Pekan Telupid mungkin boleh dijadikan sebagai salah satu daya tarikan pelancong ke kawasan tersebut.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telupid, Jonnybone J Kurum menyampaikan cadangan itu menerusi pertanyaannya ketika mencelah Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Christina Liew yang menyampaikan ucapan penggulungannya.
Iklan
Iklan
"Kita di Telupid hari-hari gajah masuk pekan, jadi adakah inisiatif kementerian untuk jadikan gajah yang sering masuk Telupid sebagai satu daya tarikan pelancongan di Sabah," katanya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada Rabu.
Dalam penggulungan sama, ADUN Dilantik, Dr Aliakbar Gulasan turut mencadangkan supaya kawasan tumpuan pelancongan Sabah terutama Kundasang, Ranau diberi perhatian untuk dinaik taraf kemudahannya.
Gambar hiasan.
Iklan
"Saya baru balik dari Kundasang, saya lihat Kundasang tidak banyak berubah sejak puluhan tahun. Kundasang ini antara pusat pelancongan utama di Sabah.
"Jadi saya minta kalau ada pelan strategik untuk di Kundasang ini terutama jalannya yang masuk ke kawasan pelancongan, lampu jalannya pada waktu makan saya ingat perlu ada rancangan khusus untuk kawasan ini," katanya.
Iklan
Menjawab soalan yang dikemukakan itu, Christina berkata, pihaknya mengambil maklum mengenai semua cadangan yang diutarakan dalam sidang DUN kali ini.
"Saya sudah dengar masalah dari kawasan masing-masing mengenai tambah baik dan pembangunan di kawasan masing-masing. Saya akan arah kementerian dan Lembaga Pelancongan Sabah (STB) untuk menjawab permohonan daripada ADUN-ADUN supaya mereka boleh ambil tindakan," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="RM17 juta untuk tanah, pampasan projek naik taraf jalan -Alexander"><meta itemprop="description" content="Sebanyak RM17 juta daripada keseluruhan kos RM70.6 juta bagi projek menaik taraf Jalan Lok Kawi-Sabindo diperuntukkan bagi pengambilan tanah dan bayaran pampasan kepada pemilik premis yang terjejas di sepanjang jajaran projek berkenaan, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, peruntukan itu melibatkan pampasan kepada 41 lot yang terkesan, termasuk struktur premis yang perlu diambil bagi membolehkan projek pelebaran jalan sepanjang 1.5 kilometer dilaksanakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/789730/edisi/sabah-sarawak/rm17-juta-untuk-tanah-pampasan-projek-naik-taraf-jalan--alexander
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #projeknaiktaraf #AlexanderNantaLinggi #menterikerjaraya"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-28T07:53:03.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/cxKTQ1gQ5_jmd6MBw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P107S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xastv8a"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xastv8a"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xastv8a"></script>