RM320 juta hanya penyelesaian jangka pendek isu air Sabah
Iklan
Shahelmey
KOTA KINABALU - Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Shahelmey Yahya menjelaskan bahawa RM320 juta yang dibentangkan kepada kerajaan Persekutuan pada pertengahan tahun ini adalah untuk penyelesaian masalah air untuk jangka masa pendek di Sabah.
Penjelasan itu dibuat susulan kenyataan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag, Datuk Seri Bung Moktar Radin dalam sesi perbahasan beliau di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada Isnin.
Iklan
Iklan
"Beliau menyatakan RM320 juta adalah satu jumlah yang tidak cukup untuk menyelesaikan masalah bekalan air.
"Sudah tentulah tidak cukup kerana untuk menyelesaikan masalah bekalan air kita memerlukan perbelanjaan lebih RM12 bilion.
Iklan
"Yang kita bentangkan kepada Perdana Menteri pada 1 Jun tahun ini berjumlah RM320 juta adalah langkah-langkah jangka pendek yang meliputi sekitar lapan inisiatif," katanya pada sesi penggulungan perbahasan sidang DUN Sabah pada Selasa.
Menjelaskan lanjut, Shahelmey berkata, antara inisiatif tersebut adalah untuk menukar paip lama, menukar pam yang rosak, membuat pemotongan dan vendor skim bagi mengurangkan kegiatan sambung haram kepada paip Jabatan Air Negeri Sabah (JANS).
Iklan
"Jadi saya buat pembetulan, bukan kita kemukakan RM320 juta untuk selesaikan semua masalah air di Sabah, itu semua untuk jangka pendek kerana keluar di akhbar tadi seakan-akan kita tidak pandai bekerja," tegasnya.
Sementara itu, beliau dalam pada itu turut menyentuh mengenai komen daripada ADUN Senallang, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berhubung isu skandal rasuah yang berlaku di JANS sebelum ini.
"Beliau mengatakan Pengarah dan kakitangan JANS terlibat rasuah jadi bagaimana untuk membendung rasuah.
"Untuk makluman, kita telah melaksanakan Pelan Integriti dan Pelan Anti Rasuah di JANS.
"Kita tahu, kita sedar sejarah lampau JANS telah terlibat dalam skandal yang agak memeranjatkan itu, namun demikian apa yang berlalu kita ambil sebagai pengajaran untuk 'the way forward', kita kena memperbaiki dan meningkatkan budaya berintegriti, budaya berkualiti kerja di JANS," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="RM17 juta untuk tanah, pampasan projek naik taraf jalan -Alexander"><meta itemprop="description" content="Sebanyak RM17 juta daripada keseluruhan kos RM70.6 juta bagi projek menaik taraf Jalan Lok Kawi-Sabindo diperuntukkan bagi pengambilan tanah dan bayaran pampasan kepada pemilik premis yang terjejas di sepanjang jajaran projek berkenaan, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, peruntukan itu melibatkan pampasan kepada 41 lot yang terkesan, termasuk struktur premis yang perlu diambil bagi membolehkan projek pelebaran jalan sepanjang 1.5 kilometer dilaksanakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/789730/edisi/sabah-sarawak/rm17-juta-untuk-tanah-pampasan-projek-naik-taraf-jalan--alexander
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #projeknaiktaraf #AlexanderNantaLinggi #menterikerjaraya"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-28T07:53:03.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/cxKTQ1gQ5_jmd6MBw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P107S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xastv8a"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xastv8a"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xastv8a"></script>