Pembunuh George Floyd cedera ditikam di penjara di AS
Iklan
WASHINGTON - Derek Chauvin, bekas pegawai polis yang disabitkan bersalah membunuh George Floyd dilaporkan cedera parah akibat ditikam ketika menjalani hukuman penjara di Arizona, Amerika Syarikat (AS), menurut Agensi Berita Jerman (dpa).
Bagaimanapun, keadaan Chauvin dilaporkan stabil, menurut laporan media tempatan yang memetik sumber.