Penduduk, SK Saliliran terima akses internet
Iklan
Arthur Joseph Kurup. Laporan Sinar Harian pada 3o Oktober lalu.
KOTA KINABALU - Kira-kira 200 penduduk Kampung Saliliran dan warga Sekolah Kebangsaan (SK) Saliliran di Pensiangan, telah mendapat akses untuk liputan internet di kawasan itu.
Ahli Parlimen Pensiangan, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengambil langkah proaktif melaksanakan inisiatif penyelesaian interim berhubung isu akses internet di kawasan tersebut.
Iklan
Iklan
Menurutnya, inisiatif itu ialah dengan menggunakan Broadband Wireless Access (BWA) bagi memastikan akses perkhidmatan jalur lebar dapat dicapai di kawasan SK Saliliran dan Kampung Saliliran.
"BWA dapat memberikan akses kepada penduduk di Kampung Saliliran melalui sambungan teknologi satelit dengan sasaran purata kelajuan 35Mbps.
Iklan
"Terdapat sebanyak tiga lokasi BWA telah dipasang di Kampung Saliliran iaitu di kawasan Kampung Saliliran, SK Saliliran dan Pos Tentera Saliliran yang telah beroperasi di mana penggunaan servis masing-masing telah mencapai purata trafik 1,012GB, 89GB dan 376GB berdasarkan data penggunaan dari Ogos sehingga Oktober lalu," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.
Arthur yang juga Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, pihak SKMM juga telah mengambil dua tindakan sebagai penyelesaian jangka panjang bagi mengatasi masalah liputan internet di kawasan tersebut.
Iklan
"Ini termasuklah menyenaraikan Kampung Saliliran sebagai lokasi penerima manfaat pelaksanaan projek Jalinan Digital Negara (Jendela) Fasa Kedua di samping menyenaraikan kawasan terbabit sebagai penerima manfaat Starlink Fasa Kedua.
"Saya percaya perancangan SKMM akan dapat meningkatkan kualiti liputan internet sedia ada seterusnya memberi manfaat kepada kepada pelajar SK Saliliran dan penduduk di Kampung Saliliran," katanya.
Sebelum itu, kesukaran penduduk dan murid di SK Saliliran untuk mendapat akses perhubungan seperti internet, jalan penghubung dan bekalan elektrik dilaporkan dalam Sinar Harian pada bulan lalu.
Dalam laporan itu, penduduk dan warga SK Saliliran mengalami kesukaran itu disebabkan keadaan kampung tersebut terletak jauh di kawasan pedalaman Pensiangan.
Malah, seramai 23 murid terpaksa menjalani proses pengajaran dan pembelajaran dalam keadaan yang kurang selesa disebabkan ketiadaan kemudahan internet dan bekalan elektrik.
Penduduk kampung juga sukar keluar ke Pekan Nabawan disebabkan tiada akses jalan penghubung dan terpaksa meredah hutan belantara untuk keluar ke pekan berhampiran bagi mendapatkan barangan keperluan.
Perbuatan sekumpulan individu yang melakukan aktiviti seperti berzikir di kawasan tanah perkuburan pada tengah malam di Sandakan, yang tular di media sosial baru-baru ini, boleh diwartakan sebagai ajaran sesat sekiranya didapati menyalahi ajaran Islam, lapor wartawan Sinar Harian,
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah yang juga Exco Agama, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, siasatan berhubung tindakan kumpulan individu terbabit sedang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), dan mereka yang terlibat telah dipanggil untuk memberi keterangan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762544/edisi/sabah-sarawak/zikir-di-tanah-kubur-boleh-diwarta-sesat-jika-menyalahi-ajaran-islam---mohd-arifin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.