Melaka mahu martabat keunikan Baba Nyonya

Iklan
Ab Rauf (kanan) beramah mesra dengan peserta Konvensyen Antarabangsa Baba Nyonya Ke-34 di sebuah hotel, di Jalan Pesisiran Bunga Raya pada Sabtu.

MELAKA - Kerajaan negeri akan memartabatkan keunikan warisan Baba Nyonya di negeri ini dalam usaha menarik kehadiran pelancong dalam dan luar negara.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, meskipun kaum peranakan itu merupakan golongan minoriti di Melaka, namun keunikan budaya etnik itu mampu menjadi tarikan untuk pelancong memahami dan dapat diwarisi generasi muda.

Iklan
Iklan

Malah menurutnya, gabungan komuniti itu di beberapa buah negara seperti Indonesia dan Singapura sudah pasti memberi lonjakan kepada Melaka apabila menjadi platform ataupun tuan rumah penganjuran berskala besar seperti perhimpunan kaum Baba Nyonya dan sebagainya.

"Saya akan membawa warisan Baba Nyonya dalam mempromosi tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) kerana ini akan menjadi satu tarikan dunia," katanya.

An Rauf (tengah) ketika simbolik menyempurnakan Konvensyen Antarabangsa Baba Nyonya Ke-34 di sebuah hotel, di Jalan Pesisiran Bunga Raya pada Sabtu.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Konvensyen Antarabangsa Baba Nyonya Ke-34 di sebuah hotel di Jalan Pesisiran Bunga Raya dekat sini pada Sabtu.

Hadir sama, Timbalan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya, Datuk Zaidi Attan; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klebang, Datuk Lim Ban Hong; Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan (BPP), Sa'ari Basiron dan Presiden Persatuan Peranakan Baba Nyonya Malaysia, Datuk Ronald Gan.

Iklan

Beliau yang juga ADUN Tanjung Bidara berkata, penganjuran konvensyen itu dapat mendekatkan pertalian, persaudaraan dan persahabatan kepada penggiat seni serta budaya Baba Nyonya yang kebanyakan peserta dari luar negara.

Ab Rauf (dua dari kiri) bergambar bersama sebahagian kaum Baba Nyonya dari beberapa negara pada program itu.

"Sudah pasti kita memerlukan juru bicara gabungan negara yang lebih besar dan meluas.

"Dengan adanya gabungan Malaysia, Thailand, Indonesia, Singapura, saya melihat asal usul seni di Melaka boleh dikembangkan lagi menerusi saluran yang ada di negara-negara tersebut," ujarnya.

Konvensyen yang bermula Jumaat hingga Ahad ini turut diserikan dengan pertandingan mewarna simposium, Peranakan, Pertandingan Kebaya Nyonya Cilik dan Bazaar Peranakan.

Dalam pada itu, Ab Rauf turut mengumumkan tawaran hadiah istimewa yang akan menanti pelancong bertuah ke negeri ini iaitu enam buah kereta dan sebuah bot.