Mat Sabu berterima kasih kepada Pas

Iklan
Mohamad menunjukkan logo BN pada jaket yang dipakainya.

KEMAMAN - Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu berterima kasih kepada Pas yang terlebih dahulu 'berkahwin' dengan UMNO.

Menurutnya, langkah itu membuatkan parti itu tidak dapat melabelkan Amanah sebagai 'sesat' sebagaimana pelbagai tohmahan yang dibuat terhadap UMNO sebelum ini.

Iklan
Iklan

"Saya berterima kasih kepada Pas sebab mereka muafakat (terlebih dahulu) dengan UMNO. Sekarang bila kami (Pakatan Harapan) pula berkahwin, mereka tak boleh kata apa.

"Mereka tak boleh kata Amanah sesat sebab kamu yang berkawan dahulu, baru kita datang kemudian," katanya ketika berucap dalam Ceramah Perdana 'Kemamang untuk Kemamang' di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Bukit Kuang, Kijal pada malam Jumaat.

Iklan

Tambah Ahli Parlimen Kota Raja itu, ramai 'ustaz' di dalam Pas yang suka menuduh dengan dakwaan yang keras.

Bagaimanapun katanya, ia dibuat berdasarkan situasi yang berpihak kepada Pas.

Iklan

"Sekarang mereka kata DAP kafir, komunis lah. Masa berkawan, puji DAP menerima demokrasi, menjunjung perlembagaan dan Raja-raja Melayu serta menentang rasuah.

"Mereka kata bila DAP menjunjung perlembagaan, maka boleh bersama mereka. Hasilnya bila bercerai dengan DAP, maki macam-macam.

"Saya diasuh dalam Pas dengan mengatakan UMNO ini rosak akidah, sampai kalau ahlinya sembelih (haiwan), naik luga (nak makan). Akhirnya, bila berlaku Muafakat Nasional, peluk," jelasnya.