BATU PAHAT - Pihak Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) di sini, meminta keluarga atau waris terdekat kepada seorang pesakit lelaki yang telah meninggal dunia untuk segera menghubungi hospital berkenaan.
Penolong Pegawai Penerangan HSNI, Norsyafika Sadri berkata, pesakit dipercayai berketurunan Melayu dan dimasukkan ke Wad 6A pada 6.14 petang 15 November lalu sebelum disahkan meninggal dunia pada 10.44 pagi keesokan harinya (16 November 2023), akibat jangkitan kuman di paru-paru.