Diskaun 90 peratus denda tanah, pembangunan di Kelantan
Iklan
Gambar hiasan - Foto Bernama
KOTA BHARU - [DIKEMAS KINI] Kerajaan Kelantan pada Khamis mengumumkan diskaun sebanyak 90 peratus untuk bayaran denda berkaitan premium, denda lewat bayar cukai dan lain-lain bayaran denda berkaitan tanah serta pembangunan.
Menteri Besar, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata, bayaran diskaun tersebut akan dinikmati oleh rakyat bagi tempoh satu bulan bermula 1 hingga 31 Disember ini.
Iklan
Iklan
"Dalam keadaan ekonomi global tidak menentu dan berlakunya perkara-perkara yang menjejaskan kesejahteraan hidup, maka kerajaan negeri di atas prinsip negeri berkebajikan sangat prihatin terhadap masalah rakyat," katanya semasa membentangkan Belanjawan Kelantan Bagi Tahun 2024 di sini pada Khamis.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meranti itu memberitahu, kerajaan negeri juga telah meluluskan dasar pemberimilikan selama-lama kepada Orang Melayu Anak Kelantan bagi tanah-tanah dalam rizab Melayu dengan menetapkannya sebagai keadaan-keadaan khas
Iklan
yang membolehkan pemberimilikan selama-lama di bawah Seksyen 76(aa)(iii) Kanun Tanah Negara 1965.
Ujarnya, dasar berkenaan bertujuan memelihara kelangsungan pemilikan tanah orang Melayu anak Kelantan dalam rizab Melayu selaras dengan matlamat Enakmen Rizab Melayu Kelantan dan Enakmen Tanah Kelantan.
Iklan
Beliau berkata, di bawah dasar itu, pemilik-pemilik tanah yang memenuhi kriteria yang ditetapkan boleh memohon untuk mengubah tanah-tanah yang berstatus pajakan kepada pemilikan kekal.
"Sebagai galakan kepada pemilik-pemilik tanah yang berkelayakan, kerajaan telah bersetuju untuk memberikan beberapa insentif, antaranya ialah potongan premium sebanyak 30 peratus serta bayaran premium secara ansuran," katanya.
"Saya reda."
Demikian kata Seedah Arwae, 51, yang kehilangan anak sulung dan bongsu lelaki dalam satu kemalangan maut melibatkan tiga mangsa di Kilometer 90, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, berhampiran Bukit Bauk, Terengganu pada Ahad, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa Mohamad Zulkefli Ishak, 32, yang merupakan anak sulung daripada lima beradik dan isteri, Norshila Zali, 36, maut di lokasi kejadian.
https://www.sinarharian.com.my/article/802002/edisi/kelantan/saya-rapat-dengan-mereka---wanita-reda-hilang-anak-sulung-bongsu-sekali-gus
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.