Puluhan kedai di Uptown Kota Damansara terbakar

Iklan
Puluhan lot kedai di Uptown Kota Damansara, di sini musnah dalam kebakaran pada jam 8.30 malam ini. - Foto kredit: Video Telegram

PETALING JAYA - Puluhan lot kedai di Uptown Kota Damansara, di sini musnah dalam kebakaran pada jam 8.30 malam ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian pada jam 8.34 malam.

Iklan
Iklan

"Anggota bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh, Kota Anggerik, Damansara dan Petaling dikejarkan ke lokasi kejadian untuk menjalankan kerja pemadaman.

"Kebakaran melibatkan lebih 20 khemah serta sebuah lot menempatkan pusat gimnasium," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Kebakaran dipercayai melibatkan puluhan unit kedai di Uptown Kota Damansara dekat sini pada Isnin.

Iklan

Katanya, api berjaya dikawal pada jam 9.06 malam.

Menurutnya, kebakaran bagaimanapun tidak melibatkan kehilangan jiwa atau kecederaan.

Iklan

"Difahamkan kesemua peniaga berjaya menyelamatkan diri ketika kebakaran berlaku.

"Punca sebenar serta kerugian akibat kebakaran masih dalam siasatan," katanya.