Kes dera kanak-kanak meningkat - Nancy

Iklan
Nancy (empat dari kanan) menyampaikan anugerah pada Majlis Sambutan Hari Kanak-kanak Peringkat Kebangsaan di Johor Bahru pada Isnin.

JOHOR BAHRU - Sebanyak 6,770 kes penderaan kanak-kanak dilaporkan di negara ini pada tahun lalu, meningkat 626 kes berbanding 6,144 kes pada tahun sebelumnya.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, sebanyak 5,216 kes penderaan kanak-kanak dilaporkan diterima Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setakat Ogos tahun ini.

Iklan
Iklan

Katanya, daripada angka itu penderaan kanak-kanak perempuan merekodkan jumlah tertinggi seramai 3,348 orang manakala kanak-kanak lelaki seramai 1,868 orang.

"Semakin hari, semakin banyak kes penderaan yang dilaporkan. Berbanding tahun lepas jumlahnya meningkat. Kes bertambah disebabkan orang ramai semakin peka dan sedar melaporkan penderaan yang berlaku disekitar mereka.

Iklan

"Selain itu, media sosial juga membantu sesuatu kes penderaan itu diketahui lebih cepat, secara tidak langsung mereka dapat kes dapat dilaporkan dengan cepat," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Kanak-kanak Peringkat Kebangsaan di sini pada Isnin.

Iklan

Nancy berkata kes penderaan kanak-kanak bukan sahaja berlaku di rumah, tetapi juga berlaku di taska dan pusat jagaan kanak-kanak.

Justeru, pengusaha dan taska mempunyai tanggungjawab bagi memastikan tidak berlaku kes penderaan di premis mereka.

"Kita semua sedar dengan peningkatan kes kanak-kanak yang menjadi mangsa penderaan dan penganiayaan.

"Justeru itu, kita perlu memperkasa kanak-kanak agar mereka berupaya bertindak sekiranya berlaku ancaman

terhadap nyawa mereka.

"Pengusaha dan pengasuh di Taska juga mempunyai tanggungjawab bagi memastikan tiada berlaku kes penderaan di premis mereka," katanya.