Peniaga jual sarapan dalam air
Iklan
Peniaga tetap menjual sarapan kepada pelanggan walaupun air melimpah ke dalam kedai.
BACHOK - Walaupun kedai makan dinaiki air akibat hujan berterusan semalaman tidak menghalang seorang peniaga meneruskan operasi menjual sarapan kepada orang ramai di Kampung Kubang Golok di sini pada Isnin.
Peniaga berkenaan, Nooriman Kamaruddin, 40, berkata, air disedari memenuhi ruangan kedai makannya sebaik tiba di kedai itu untuk menjual nasi berlauk dan pelbagai kuih pada jam 7 pagi.
Iklan
Iklan
Katanya, situasi itu tidak pernah berlaku sebelum ini dan dipercayai akibat pembinaan perumahan berdekatan yang dibuat lebih tinggi berbanding kawasan kedai makannya.
Para pelanggan tetap datang membeli walaupun perlu meredah banjir.
"Saya teruskan juga berniaga kerana makanan sudah disiapkan dan kuih-muih pun bersedia untuk dijual kepada pelanggan,” katanya kepada Sinar Harian di sini, pada Isnin.
Iklan
Menurut Nooriman, keadaan itu juga tidak menghalang pelanggan datang membeli makanan dan bersarapan di kedainya kerana keadaan tersebut tidak berbahaya.
Pelbagai sarapan yang dijual kepada pelanggan.
"Air mengalir tetapi tidaklah terlalu tinggi dan akan surut beberapa jam selepas itu kalau hujan berhenti. Saya pun selesai berniaga lebih awal pada jam 11.30 pagi.
Iklan
"Cuma tidak selesa kepada pelanggan yang makan di dalam kedai tetapi sekarang memang dah musimnya,” ujar Nooriman.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Saya reda' - Ibu mangsa kemalangan maut"><meta itemprop="description" content="'Saya reda' - Ibu mangsa kemalangan maut
"Saya reda."
Demikian kata Seedah Arwae, 51, yang kehilangan anak sulung dan bongsu lelaki dalam satu kemalangan maut melibatkan tiga mangsa di Kilometer 90, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, berhampiran Bukit Bauk, Terengganu pada Ahad, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa Mohamad Zulkefli Ishak, 32, yang merupakan anak sulung daripada lima beradik dan isteri, Norshila Zali, 36, maut di lokasi kejadian.
https://www.sinarharian.com.my/article/802002/edisi/kelantan/saya-rapat-dengan-mereka---wanita-reda-hilang-anak-sulung-bongsu-sekali-gus
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #beritasemasa #kemalanganmaut #keskemalangan #KualaKrai"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-26T11:28:36.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P130S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbraq7y"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbraq7y"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbraq7y"></script>