Pokok perepat 'talian hayat' monyet belanda
Iklan
Monyet Proboscis di Sungai Nahaba, Weston, Beaufort.
BEAUFORT - Keunikan monyet proboscis atau monyet belanda yang memiliki hidung bersaiz besar dan menjulur panjang antara tarikan utama di Sungai Nahaba Weston di Beaufort.
Haiwan yang turut dikenali sebagai monyet bangkatan atau bayau bagi penduduk setempat hanya boleh ditemui di kepulauan Borneo dan ekosistemnya adalah di kawasan hutan bakau di daerah ini.
Iklan
Iklan
Monyet proboscis atau monyet belanda yang memiliki hidung bersaiz besar dan menjulur panjang
Monyet proboscis merupakan haiwan herbivor yang menjadikan pucuk dan bunga muda serta buah yang belum matang sebagai sumber makanan utama.
Antara spesies tumbuhan yang dikenal pasti menjadi makanannya ialah pucuk muda pokok perepat yang tumbuh meliar di kawasan bakau atau sepanjang Sungai Nahaba.
Iklan
Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini pokok itu mula dilihat semakin berkurangan kerana ia adalah satu-satunya tumbuhan yang menjadi sumber makanan utama bagi haiwan itu di kawasan tersebut.
Sehubungan itu, bagi mengekalkan keseimbangan ekosistem dan habitat monyet proboscis di kawasan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan, Datuk Ruslan Muharam mengambil inisiatif menjalinkan kerjasama dengan Jabatan Perhutanan untuk memulakan tanaman semula pokok perepat di sepanjang Sungai Nahaba.
Iklan
Ruslan menanam anak pokok perepat sebagai salah satu usaha mengekalkan ekosistem dan habitat monyet proboscis di sepanjang Sungai Nahaba, Weston, Beaufort.
Ruslan yang juga Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah berkata, projek penanaman semula pokok perepat itu dimulakan dengan sebanyak 450 anak pokok.
"Projek ini dilaksanakan kerana kebanyakkan pokok perepat dilihat telah musnah disebabkan kekurangan makanan bagi monyet proboscis yang banyak didapati di kawasan sungai bakau di daerah ini.
"Menerusi kerjasama di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan dan Jabatan Perhutanan, penanaman semula pokok perepat ini akan menyediakan makanan kepada monyet proboscis serta haiwan lain dalam tempoh enam ke lapan tahun akan datang selepas ia matang," katanya kepada dalam majlis penanaman pokok di Sungai Nahaba, di sini, baru-baru ini.
Tambah beliau lagi, menerusi penanaman pokok itu juga secara tidak langsung dapat memelihara habitat haiwan di kawasan itu dengan menghalang berlakunya kemusnahan di Sungai Nahaba.
"Tujuan lain penanaman semula pokok ini juga adalah untuk mengelak berlakunya hakisan tebing sungai dan dalam masa sama ia dapat memberi manfaat kepada penduduk setempat.
"Bila sungai kita indah dan tidak rosak akibat hakisan, haiwan seperti monyet proboscis yang memang menjadi tarikan pelancong akan dapat dikekalkan habitat mereka di kawasan ini," katanya.
Untuk rekod, jumlah anggaran kasar pada 2008 hanya terdapat sekitar kurang 6,000 ekor monyet proboscis di Sabah dan dibimbangi tanpa usaha mengekalkan habitat haiwan ini akan menyebabkan berlakunya kepupusan di masa akan datang.
Perbuatan sekumpulan individu yang melakukan aktiviti seperti berzikir di kawasan tanah perkuburan pada tengah malam di Sandakan, yang tular di media sosial baru-baru ini, boleh diwartakan sebagai ajaran sesat sekiranya didapati menyalahi ajaran Islam, lapor wartawan Sinar Harian,
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah yang juga Exco Agama, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, siasatan berhubung tindakan kumpulan individu terbabit sedang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), dan mereka yang terlibat telah dipanggil untuk memberi keterangan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762544/edisi/sabah-sarawak/zikir-di-tanah-kubur-boleh-diwarta-sesat-jika-menyalahi-ajaran-islam---mohd-arifin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.