Ketua isi rumah di Kelantan diseru daftar e-Bencana
Iklan
Foto hiasan
KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan menyeru ketua isi rumah di lokasi banjir mendaftar menerusi sistem pengurusan bencana negeri itu, e-Bencana, bagi melancarkan persediaan kemudahan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) terutama melibatkan agihan bantuan.
Exco Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita, Rohani Ibrahim berkata, sistem tersebut bakal digunakan di PPS yang akan dibuka apabila berlaku banjir.
Iklan
Iklan
"Selepas berjaya membangunkan sistem e-Bencana, kerajaan negeri terus mengorak langkah menyebar luas penggunaannya ke peringkat komuniti melalui program bengkel dan pelatihan...
"Usaha sebar luas ini sebagai langkah kerajaan memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan memperkemas proses penyaluran bantuan ketika menghadapi bencana," katanya kepada Bernama.
Iklan
Beliau berkata, pihaknya telah mengadakan bengkel di Dewan Undangan Negeri (DUN) Meranti, Pasir Mas, Kelaboran (Tumpat) dan Gual Periok (Rantau Panjang) dan usaha itu akan diteruskan ke daerah berisiko banjir.
Rohani berkata, selain penduduk, badan bukan kerajaan (NGO) dan tokoh yang terlibat dalam penyaluran bantuan ketika bencana turut disarankan untuk mendaftar dan menggunakan aplikasi itu.
Iklan
Beliau berkata, pihaknya juga akan menghebahkan mengenai sistem itu di masjid-masjid serta menerusi penghulu, penggawa dan kakitangan Pusat Khidmat DUN.
Menurut Rohani, sistem e-Bencana dibangunkan bertujuan untuk menguruskan maklumat bencana secara berpusat dan tidak terhad kepada banjir.
Justeru katanya, semua pihak terlibat khususnya ketua isi rumah di Kelantan diseru untuk mendaftar pada laman sesawang https://ebencana.kelantan.gov.my/daftar.php atau muat turun aplikasi e-Bencana menerusi telefon pintar.
Manual pendaftaran boleh dimuat turun di https://ebencana.kelantan.gov.my/portal/manual.pdf. - Bernama
"Saya reda."
Demikian kata Seedah Arwae, 51, yang kehilangan anak sulung dan bongsu lelaki dalam satu kemalangan maut melibatkan tiga mangsa di Kilometer 90, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, berhampiran Bukit Bauk, Terengganu pada Ahad, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa Mohamad Zulkefli Ishak, 32, yang merupakan anak sulung daripada lima beradik dan isteri, Norshila Zali, 36, maut di lokasi kejadian.
https://www.sinarharian.com.my/article/802002/edisi/kelantan/saya-rapat-dengan-mereka---wanita-reda-hilang-anak-sulung-bongsu-sekali-gus
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.