Kelulusan segera penjawat awam pindah kenderaan dari pulau bebas cukai
Iklan
LABUAN - Penjawat awam yang memiliki kenderaan berdaftar di pulau bebas cukai Labuan dan Langkawi, yang kini menikmati pengecualian cukai 50 peratus, boleh menarik nafas lega susulan pengumuman Kementerian Kewangan untuk memberi kelulusan terus bagi pemindahan kenderaan di luar Semenanjung, Sabah dan Sarawak mulai 1 Disember ini.
Ketua Seksyen Cukai Kementerian Kewangan, Hazlan Abdul Aziz berkata, dasar baharu itu memperkemaskan proses dan membolehkan individu yang layak mendapatkan kelulusan terus daripada pejabat kastam Labuan atau Langkawi.