Ada bukti gambar, video dan emel berkenaan 'Datuk Botak' - Wan Ahmad Fayhsal

Iklan
Wan Ahmad Fayhsal

SHAH ALAM - Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mendakwa mempunyai bukti bergambar, video, mesej serta emel berkait peranan individu dikenali sebagai 'Datuk Botak' yang dikatakan cuba memujuk serta menawarkan habuan tertentu kepada ahli Parlimen pembangkang untuk beralih sokongan kepada Perdana Menteri.

Ahli Parlimen Machang itu berkata, semua bukti berkenaan telah disertakan dalam laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Iklan
Iklan

"Saya juga ingin menyanggah kenyataan Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman, Ahli Parlimen Labuan berkenaan penafian peranan 'Datuk Botak' yang mengugut, menjanjikan projek dan habuan wang tunai kepada ahli-ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN).

"Malah Ahli Parlimen Labuan juga telah mendakwa ditawarkan jawatan Menteri Wilayah Persekutuan kerana memberikan sokongan kepada Perdana Menteri," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Iklan

Sementara itu, Wan Ahmad Fayhsal turut menafikan ada mengeluarkan kenyataan memfitnah bekas Setiausaha Politik Anwar, Datuk Farhash Wafa Salvador, sebaliknya mendakwa beliau sekadar membacakan satu laporan polis.

"Oleh itu, saya mengalu-alukan laporan polis dibuat oleh beliau (Farhash) supaya perkara ini dapat disiasat sepenuhnya. Jangan pula ‘pisang berbuah dua kali’.

Iklan

"Berkenaan dengan tindakan beliau mahu menyaman, saya bersedia menghadapi tuntutannya namun jangan pula beliau menggunakan aparatus kerajaan seperti SPRM atau PDRM (Polis Diraja Malaysia) untuk menyerang saya seperti yang banyak berlaku baru-baru ini," ujarnya.