SHAH ALAM - Pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu menyemak semula syarat-syarat penubuhan pusat asuhan, taska atau tadika yang terlalu ketat sehingga menggalakkan kewujudan premis berkaitannya beroperasi secara haram.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang Jaya, Michelle Ng Mei Sze (PH-DAP) berkata, PBT mensyaratkan agar pusat begini perlu ditubuh dalam rumah ‘corner lot’ dan memerlukan pelan susun atur yang bermaksud pengasuh perlu mengupah perkhidmatan arkitek yang bayarannya sangat mahal.