MBKT naikkan kadar kompaun parkir sekali ganda selepas 27 tahun
Iklan
Rosli
KUALA TERENGGANU - Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) menaikkan kadar kompaun bagi kesalahan tempat letak kereta sekali ganda berkuat kuasa pada Rabu.
Datuk Bandar, Rosli Latif berkata, kenaikan kadar kompaun daripada RM5 kepada RM10 itu dibuat selepas kadar lama dikekalkan sejak 27 tahun lalu.
Iklan
Iklan
"Tugas kami (MBKT) menjaga bandar, katakanlah seorang pemandu letak kereta di tempat yang tak betul menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk terhadap 100 orang lain di belakangnya... ini yang kita nak elakkan dengan kompaun lebih tinggi untuk didik masyarakat patuhi peraturan.
"Sebenarnya kadar kompaun ini sudah 27 tahun tidak dinaikkan dan jumlahnya yang sangat kecil menyebabkan ramai yang mengambil mudah dan tidak membayar kompaun tersebut.
Iklan
"Orang ramai tidak perlu bimbang kerana kompaun ini hanya dikenakan kepada mereka yang melakukan kesalahan sahaja," katanya kepada pemberita selepas meninjau projek gotong-royong MBKT di medan selera Batu Buruk di sini pada Rabu.
Menurut Rosli, kenaikan kadar kompaun baharu bagi kesalahan itu tidak bertujuan menjana pendapatan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT).
Iklan
"Kadar kompaun baharu bertujuan mendidik orang ramai supaya mematuhi peraturan yang ditetapkan selama ini ini kerana kadar lama telah dikekalkan sejak sekian lama.
"Kadar kompaun baharu itu tidak membebankan masyarakat kerana jumlahnya masih agak rendah berbanding kadar yang dikenakan PBT di bandar raya besar yang lain di seluruh negara," katanya.
Semalam, MBKT mengeluarkan notis kadar kompaun baharu yang diperkenalkan dan mula dikuatkuasakan pada Rabu.
Berdasarkan notis tersebut, bayaran kompaun RM5 jika dijelaskan dalam tempoh tujuh hari akan dinaikkan kepada RM10.
Kadar yang perlu dibayar itu bakal meningkat kepada RM20 sekiranya pemilik kenderaan berkenaan hanya melunaskan kompaun berkenaan dalam tempoh antara tujuh hingga 14 hari.
Berdasarkan kadar ditetapkan sebelum ini, individu yang dikompaun atas kesalahan tersebut tempoh sama hanya perlu membayar RM10.
Bagaimanapun, kadar kompaun dikenakan kepada mereka yang membayar lewat melebihi dua minggu pula kekal RM40.
Lima nelayan berdepan detik cemas apabila bot yang dinaiki mereka dirempuh sebuah bot lain ketika sedang berlabuh kira-kira 33 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, awal pagi Isnin.
​Tekong bot, Mamat Abdullah, 79, dari Kampung Batin, Kuala Nerus berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 pagi ketika dia bersama empat awak-awak sedang berehat sementara menunggu untuk pulang ke daratan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803090/edisi/terengganu/bunyi-dentuman-kuat-rupanya-bot-dirempuh-nelayan-asing
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.