OIC digesa isytihar Israel sebagai pengganas

Iklan
Antara jenazah mangsa yang terbunuh dalam pengeboman Israel di Deir Balah, Semenanjung Gaza.

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Pertubuhan Kerjasama Negara Islam (OIC) digesa untuk mengeluarkan resolusi rasmi bagi mengisytiharkan Israel sebagai pengganas.

Pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Profesor Madya Dr. Muzaffar Syah Mallow berkata, Israel telah mengetepikan banyak peruntukan undang-undang antarabangsa dengan melakukan pelbagai jenis penindasan dan kekejaman terhadap rakyat Palestin.

Iklan
Iklan

"Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyatakan hasratnya melalui kempen pilihan raya untuk mengambil beberapa kawasan milik Palestin di Tebing Barat sebagai wilayah mutlak Israel,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Tambah beliau, Israel juga banyak melanggar Konvensyen Geneva dan pelbagai jenis undang-undang antarabangsa lain khususnya yang berkaitan dengan hak asasi manusia terhadap rakyat Palestin.

Iklan

Ujarnya, kini beratus resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ditujukan kepada Israel untuk meneruskan proses penaklukan ketenteraan di tanah Palestin.

"Israel akan terus meluaskan kawasan penempatan rakyatnya, membina tembok serta menafikan hak pelarian Palestin untuk kembali ke tanah mereka sendiri. Ini jelas menunjukan kepada kita semua bahawa Israel memang sebuah negara pengganas.

Iklan

Jelas beliau, apabila semua langkah tersebut selesai, melalui PBB juga boleh mengerahkan semua negara untuk melakukan hal sama.