SHAH ALAM - Jumlah agregat terkumpul Kumpulan Wang Disatukan kerajaan Selangor adalah kukuh dan stabil mencecah RM3.71 bilion setakat 9 November 2023.
Menteri Besarnya, Datuk Seri Amirudin Shari menjelaskan peningkatan RM631.48 juta berbanding tahun lalu meliputi Akaun Hasil Disatukan berjumlah RM1.49 bilion dan Akaun Amanah Disatukan RM2.21 bilion.