KSAS: Bantahan akan dirujuk kepada NRECC
Iklan
Dr Hafidzah (tengah) menunjukkan risalah membantah cadangan ubah suai KSAS di Kota Bharu pada Khamis.
KOTA BHARU - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Lama, Dr Hafidzah Mustakim akan memanjangkan bantahan terhadap cadangan pengubahsuaian Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) oleh Kerajaan Kelantan kepada Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC).
Beliau berkata, bantahan disuarakan kerana cadangan tersebut dibimbangi akan memberi kesan buruk kepada khazanah alam selain mengundang bencana seperti banjir.
Iklan
Iklan
Katanya, setakat ini, rakyat masih belum berpuas hati dengan penjelasan daripada kerajaan negeri berkait dengan cadangan itu.
"Saya akan membawa mesej membantah cadangan ini kepada kementerian dan kerajaan pusat kerana akhirnya perkara ini perlu mendapat kelulusan pihak berkenaan.
Iklan
Borang diserahkan kepada Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Kelantan.
Ujar Beliau yang juga Ketua Awan Kelantan, orang ramai juga disarankan untuk membuat bantahan sama bagi menjaga kepentingan masyarakat secara keseluruhan termasuk Orang Asli yang berisiko tinggi akan terjejas.
Iklan
"Tempoh bantahan yang boleh dikemukakan masih berbaki dua hari sehingga Sabtu ini.
"Orang ramai boleh salurkan rasa tidak bersetuju dengan cadangan itu secara dalam talian atau e-mel ke jpbd@kelantan.gov.my sehingga jam 3 petang hari berkenaan,” kata beliau.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Saya reda' - Ibu mangsa kemalangan maut"><meta itemprop="description" content="'Saya reda' - Ibu mangsa kemalangan maut
"Saya reda."
Demikian kata Seedah Arwae, 51, yang kehilangan anak sulung dan bongsu lelaki dalam satu kemalangan maut melibatkan tiga mangsa di Kilometer 90, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, berhampiran Bukit Bauk, Terengganu pada Ahad, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa Mohamad Zulkefli Ishak, 32, yang merupakan anak sulung daripada lima beradik dan isteri, Norshila Zali, 36, maut di lokasi kejadian.
https://www.sinarharian.com.my/article/802002/edisi/kelantan/saya-rapat-dengan-mereka---wanita-reda-hilang-anak-sulung-bongsu-sekali-gus
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #beritasemasa #kemalanganmaut #keskemalangan #KualaKrai"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-26T11:28:36.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P130S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbraq7y"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbraq7y"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbraq7y"></script>