Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Iklan
Gambar hiasan - Foto 123RF
RINGGIT dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini berikutan kebimbangan yang kian meningkat terhadap prospek masa depan bagi kadar dana Rizab Persekutuan Amerika Syarikat, kata seorang penganalisis.
Pada jam 9 pagi, ringgit menyusut nilai kepada 4.6905/6955 berbanding dolar AS daripada kadar penutup Rabu 4.6800/6860.
Iklan
Iklan
Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, pasaran mata wang kelihatan tidak menentu sejak dua hari lepas kerana peserta masih tidak pasti mengenai prospek kadar dana Rizab Persekutuan menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) AS yang dijadualkan. pada 12-13 Dis.
"Sementara itu, laporan indeks harga pengguna (IHP) AS minggu depan pada 14 November akan dipantau dengan teliti. Setakat ini, IHP Teras telah turun kepada 4.1 peratus tahun ke tahun pada Sept 2023 daripada setinggi 6.6 peratus pada September 2022,” katanya.
Iklan
Dalam pada itu, ringgit diniagakan rendah berbanding mata wang utama yang lain.
Mata wang tempatan menyusut nilai berbanding yen Jepun kepada 3.1071/1106 daripada 3.1045/1087 pada penutupan dagangan Rabu, rendah berbanding euro kepada 5.0207/0261 daripada 4.9917/9981 dan lemah berbanding pound Britain kepada 5.7595/7656 daripada 5.7321/7394 semalam.
Iklan
Berbanding mata wang Asean yang lain, ringgit turut bergerak rendah.
Nilai mata wang tempatan susut berbanding dolar Singapura kepada 3.4573/4612 daripada 3.4493/4540 dan rendah berbanding baht Thai kepada 13.2019/2223 daripada 13.1453/1670 sebelumnya.
Ringgit turut merosot nilai berbanding peso Filipina kepada 8.38/8.40 daripada 8.35/8.37 dan lemah berbanding rupiah Indonesia kepada 299.6/300.1 daripada 298.9/299.5 semalam. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>