Tubuh Skuad Cakna Banjir hadapi banjir gelombang ketiga

Iklan

PASIR PUTEH – Wanita Pakatan Harapan (PH) Kelantan telah menubuhkan Skuad Cakna Banjir sebagai persediaan terutama untuk menghadapi banjir gelombang ketiga yang diramal berlaku dalam tempoh penghujung bulan ini atau awal bulan depan.

Ketuanya, Norashidah Jaafar berkata, tujuh kawasan telah diwujudkan skuad berkenaan iaitu Rantau Panjang, Pasir Mas, Tumpat, Kuala Krai, Jeli, Kota Baharu dan Pasir Puteh.

Iklan
Iklan

"Mereka akan membantu mangsa banjir membuat persiapan berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS), kerja-kerja memasak dan membantu pihak pejabat kesihatan untuk memastikan mangsa dalam keadaan sihat,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Program Cakna Kesihatan Wanita Warga Penempatan Semula Nelayan Tok Bali di sini, hari ini.

Beliau berkata, pada banjir gelombang kedua minggu lepas pihaknya telah membantu Pejabat Kebajikan Masyarakat dalam penyediaan makanan kepada mangsa banjir di kawasan terbabit.

Iklan
Iklan

Katanya, bagi melicinkan pengurusan itu pihaknya akan memohon peruntukan khas terutama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam tempoh terdekat. - Bernama