Banjir Selangor: Jumlah mangsa banjir meningkat kepada 789 orang

Iklan
Orang ramai ketika mendaftar masuk ke salah sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) susulan banjir yang melanda beberapa daerah di negeri ini sejak Selasa.

SHAH ALAM - Seramai 789 mangsa melibatkan 199 keluarga ditempatkan di 10 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat Rabu susulan banjir yang negeri ini.

Iklan
Iklan

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Selangor, Ghazali Abd Rahman berkata, jumlah itu mencatatkan peningkatan berbanding 679 mangsa sebelum ini di enam daerah terlibat.

Anggota Angkatan Pertahanan Awam(APM) meninjau ruangan di salah satu ruangan menempatkan mangsa banjir di PPS terlibat pada Rabu.


"Satu PPS dibuka di daerah Hulu Langat iaitu di Sekolah Kebangsaan Bangi yang menempatkan 83 mangsa banjir daripada 19 keluarga," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Iklan

Beliau berkata, empat PPS beroperasi bagi daerah Kuala Langat dan Hulu Langat.

"Daerah Kuala Langat mencatatkan dua PPS yang menempatkan seramai 72 mangsa di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Bukit Changgang dan PPS Dewan Orang Ramai Dato Hormat, Seri Cheding.

Iklan

Anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) mengangkat minuman untuk diagihkan kepada mangsa banjir di sebuah PPS dekat sini pada Rabu.


"Bagi daerah Hulu Langat pula, dua PPS iaitu PPS Sekolah Kebangsaan Bangi menempatkan seramai 87 mangsa manakala PPS Sekolah Kebangsaan Ulu Semenyih menempatkan 32 mangsa," katanya.

Tambahnya, dua daerah lagi melibatkan Petaling dan Hulu Selangor masing-masing melibatkan satu PPS yang dibuka setakat ini.

"PPS Dewan Camelia Putra Height bagi daerah Petaling dibuka setakat ini melibatkan seramai 110 mangsa terdiri daripada 24 keluarga.

"Bagi daerah Hulu Selangor, seramai 13 mangsa melibatkan dua keluarga ditempatkan di PPS Dewan Komuniti Taman Desa Hulu Yam Bharu," katanya.